Semalam kawan Cik Rebel baru sahaja berpergian ke US atas urusan yang tak dapat dielakkan.
Kawan Cik Rebel -- biarlah kita namakan dia Miss Gojess -- telah ke US atas urusan pelajaran selama 4 tahun.
4 TAHUN BAQ HANG!!!
Semalam jugak hari yang agak down bagi Cik Rebel kerana Cik Rebel tak dapat turut serta hantar Miss Gojess ke KLIA. Bukan apa, Cik Rebel duduk jauh nun di Pantai Timur.
Kalau tak silap, dalam pukul 2300++ jugak dia bertolak. Masa Cik Rebel tengok jam, dah lewat pukul 2330. Cik Rebel pun gabra capai fon nk kol buat kali ke last. Tapi tak dapat, Miss Gojess tutup fon. Cik Rebel syak Miss Gojess tengah menangis atas flight.
So, Cik Rebel kol salah seorang kawan yang berada di sana menghantar Miss Gojess -- yang ni kita panggil Miss Gedixx. Masa Cik Rebel kol, Miss Gedixx cakap Miss Gojess dah berlepas, so frust la Cik Rebel. Nak buat macam mana kan. Tu la syok sangat tengok Phineas and Ferb.
Tapi Miss Gedixx dah promise nak hantar gambar. Gambar pun Cik Rebel dah dapat, jadi insyaallah Cik Rebel akan post kan dalam masa terdekat (akan ada editing, hehe).
Kalau ada rezeki lebih, Cik Rebel pun nak berpergian jugak ke US melawat Miss Gojess. Ada jodoh, adalah rezeki. Hehe
Kalau ada rezeki lebih, Cik Rebel pun nak berpergian jugak ke US melawat Miss Gojess. Ada jodoh, adalah rezeki. Hehe
BTW, Miss Gedixx cakap B-word Miss Gojess pun datang semalam. Mr Katang lewat sikit katanya, jadi adalah adegan berlari-lari dalam slow-mo *bling bling. Apa pun, congrats Mr Katang because you made it there *kenyit kenyit.
Harap Miss Gojess akan belajar betul-betul kat sana. IngatMr Katang dan kami kat sini Miss Gojess!! XOXO
Harap Miss Gojess akan belajar betul-betul kat sana. Ingat
p/s : Miss Gojess ada request kat Cik Rebel supaya dibuat cerita pasal dia. Jadi Ck Rebel akan memerah otak dalam beberapa hari ni untuk mencari idea. Tapi tak la cerita tu macam epik Mr Kerek. Hehehe

No comments:
Post a Comment