Saturday, 22 June 2013

Once upon Mr Kerek

Alkisah...

"Arjuna bin Parian!"

Bergegar satu dewan kuliah. Macam baru lepas kena gempa bumi. Ada pelajar yang tercampak ke belakang, ada yang terjatuh, ada yang tercabut tudung, tak kurang alat-alat tulis yang semuanya berterbangan. Arjuna bin Parian. Rasa pernah dengar nama tu. Semua mata tertumpu ke belakang, ke arah budak baru yang baru mendaftar pagi tadi. Perlahan-lahan Arjuna bin Parian melangakah menuruni anak tangga dewan kuliah. 

"Arjuna bin Parian. Cepat ke depan. Sekarang!" 

Suara Cikgu Demak berdentum lagi. Tapi kali ni semua pelajar dah sedia, sedia dengan perisai ala-ala Captain America punya tapi dengan corak Jalur Gemilang. Perisai Captain Malaysia dikeluarkan dan disusun menjadi benteng pertahanan. Kukuh. Arjuna bin Parian masih melangkah menuruni anak tangga. Dia kembali ke tangga teratas dek kerana suara Cikgu Demak yang menolaknya ke belakang semula. Perisai diturunkan, dan semua mata memandang ke arah Arjuna bin Parian sekali lagi.

Cikgu Demak membuat isyarat supaya Arjuna bin Parian keluar dari dewan kuliah. Arjuna bin Parian keluar tanpa berkata apa-apa. Takut gamaknya. Biasalah budak baru. Perisai Captain Malaysia pun dia tak beli lagi dari Koperasi untuk menahan dentuman suara Cikgu Demak. Kelas disambung semula.

Di luar dewan, Ustaz Galileo menunggu dengan sebatang rotan. Cikgu Pendi pun ada, tapi lagi ganas rupa dia. Dia memegang mjolnir. Arjuna bin Parian kecut perut tengok mjolnir di tangan Cikgu Pendi. Rotan dia tak heran sangat, dah biasa. Bapak dia pun ada, lagi besar.

Tiba-tiba Cikgu Pendi melutut dan menghulurkan mjolnir tersebut kepada Arjuna bin Parian. Arjuna bin Parian pelik. Tergamam. Syok pun ada. Sewaktu Arjuna bin Parian hulur tangan ke arah mjolnir tersebut, dia perasan yang tiba-tiba dia berada di satu tempat yang lain. Dia mengamati tempat itu. Dia kenal tempat itu. Hall of Asgard. Di atas Hlidskialf, Ustaz Galileo sedang bersemayam. Bukan, bukan Ustaz Galileo, tapi Galileo Allfather. Dan dia, Arjuna bin Parian, adalah Arjuna Galileoson. Dia mengangkat mjolnir tinggi-tinggi, tanda kebanggaan. Dan semua penduduk Asgard menyembah memberi hormat.

Tapi kegembiraan hari keputeraan Arjuna Galileoson tidak lama. Luka Galileoson, anak angkat Galileo Allfather melancarkan amuk di Hall of Asgard. Katanya dia lagi layak diangkat sebagai raja Asgard. Dia mengisytiharkan perang dan menggunakan askar Laufey, ayah kandungnya untuk mengucar-ngacirkan Asgard.

Arjuna Galileoson harus bertindak cepat. Cepat dan bijak. Mjolnir dihayunkan, terkena kepala Luka Galileoson. Luka Galileoson ketawa berdekah-dekah sebelum pengsan. Mereng. Gumam Arjuna Galileoson. Semua penduduk Asgard berhenti berlari. Mereka kagum. Kagum dengan kehebatan Arjuna Galileoson. Mereka bersorak.

Arjuna Galileoson bangga. Dia tersenyum. Lantas memberi amaran mati kepada sesiapa yang berani menggugat keamanan Asgard. Satu pesta makan diadakan untuk meraikan Arjuna Galileoson sebagai raja baru Asgard. Tapi kegembiraan tu tak lama. Tiba-tiba satu bencana melanda Asgard. Kali ni lebih ganas. Awan hitam berpusar dan memuntahkan hujan batu. Salah satu batu tersebut mengenai kepala Arjuna Galileoson. Rakyat lari bertempiaran.

Setelah hujan batu tu berhenti, awan yang berpusar tadi membentuk sesuatu. Muka. Awan itu membentuk muka seseorang. Arjuna Galileoson kenal wajah itu. Cikgu Demak. Ya, Cikgu Demak. Wajah itu kelihatan marah.

"Arjuna bin Parian."

Suara itu bertempik.

"Aku bukan Arjuna bin Parian. Aku Arjuna Galileoson. Jangan cari pasal dengan aku,nanti aku baling mjolnir ni, benjol kepala asap kau tu."

Arjuna Galileoson mengugut lawannya. Tapi lawannya langsung tak menunjukkan riak takut. Awan Cikgu Demak bertambah marah.

"Kurang ajar!"

'Piap!' Satu libasan hinggap ke belakang Arjuna bin Parian. Pedih. Arjuna bin Parian terjaga. Dia pandang di sekelilingnya. Dia masih di dalam kelas rupanya. Di atas lantai di sekelilingnya penuh dengan kapur. Oh, hujan batu. Gumam Arjuna bin Parian. Tiba-tiba dia teringatkan Cikgu Demak. Kepalanya terasa berat mahu dipusing ke depan.

"Berdiri dekat luar sekarang. Aku suruh kau buat karangan kau tidur. Ni kertas ni, habis basah dengan air liur basi kau. Bahlul!"

Serentak dengan itu, semua pelajar di dalam kelas ketawa. Arjuna bin Parian mengambil bukunya dan berjalan ke luar kelas. Ada seorang budak perempuan sedang berdiri. Mungkin didenda juga. Arjuna bin Parian mengambil tempat di sebelah budak itu.

"Aku nampak tadi. Fes day dah kena denda. Mesti kau teruk sangat dulu sampai kena tendang ke sekolah ni kan. Aku Cik Rebel. Kau?

Tangan dihulur tanda persahabatan. Arjuna bin Parian teragak agak. Biar betul minah ni, tak tahu halal haram ke. Bukan muhrim la.

"Arjuna. Arjuna bin Parian."

Arjuna bin Parian tunduk tanda hormat ala-ala orang Korea. Perasan Korean mamat ni. Dan mereka mula berkenalan.

Tamat.


Spesial Dediketed to Mr Kerek

He's just a guy
A guy
That's all.

Nothing special
Nothing
Nothing at all.

Sometimes I can count him as a friend
Sometimes as an object
To meet my needs.

He's not my life
Or my soulmate whatsoever
He's just a thing
An object
My provider.

I don't care about his existence
I went to sleep at night
Without the need to ever think about him
What for?
I need my beauty sleep
Heh -.-

Sometimes I text him
When all my friends were busy
Or sleeping
And he?
He's still wide awake
To reply to my texts
What an idiot.

But then
He's my provider
My listener
My mentor
My fortune teller.

He's mine.

Just a guy.

With no special talent.


Cik Rebel dan Mr Kerek

Hello readers!! Sebenarnya Cik Rebel ni tak suka berblog-blog bagai. Blog ni leceh, kena update. Susah. Cik Rebel tak suka kerja-kerja rutin ni. Tak kena dengan jiwa Cik Rebel yang rebel ni. Tak rambo langsung ada blog. Karangan Bahasa Melayu pun Cik Rebel tak pernah siapkan, ni pulak nak kena update blog ni secara berkala. Tak paham Cik Rebel.

Tapi Cik Rebel buat jugak. Dan Cik Rebel buat blog ni bukan suka-suka. Sebenarnya, ehh tak.. obviously la blog ni di-dediketed-kan untuk buah hati Cik Rebel, Mr Kerek. Ya, walaupun Cik Rebel ni berjiwa rebel, tapi sebenarnya Cik Rebel ni dalam hati ada taman kolam air pancut. Kawan Cik Rebel yang syorkan Cik Rebel buat blog ni. Dan Cik Rebel pun buat jugak. Katanya untuk buat kenangan pasal kami la, macam diary gitu. Kawan Cik Rebel pun ada blog jugak. Nama blog dia Miss ******. Opps!

Mr Kerek. Nama dia Arjuna. Inilah buah hati Cik Rebel. Maskulin sungguh nama dia. Mr Kerek ni hensem, macam Edward Cullen, sebab tu dulu Cik Rebel panggil dia Mr Cullen. Tapi dia tak suka. Jadi Cik Rebel panggil dia Mr Kerek. Sebab dia kerek. Mentang orang puji dia macam Edward Cullen, kerek la tu. Kehkehkeh.

Cik Rebel + Mr Kerek = Lejen Jr.




Tu jelah dulu untuk kali ni. Nanti ada masa Cik Rebel update lagik ye!! 

Pecah kaca, pecah gelas. Rajin-rajinkan lah membaca, confirm korang tak dapat num last...